Thursday, 6 May 2021

KU CUBIT SECEBIS KENANGAN 2

 Lama dah Uih Pendek nak ajar Aku berenang, tapi Aku ni penakut. Dik Capek dah ajar Aku timbang badan bila berada dalam air. Usop Mat Deraman dah beri toturial bagaimana nak menahan nafas dalam air. Dan Bagong dah pernah memegang badanku sambil meluncur dan mengheret  badanku di air supaya Aku boleh berenang. Dasar budak lemau betul, tetap tak berjaya juga. Pujukan, pujian, kutukan semua tak menjadi. Kalau masa tu Dato' Dr. Hj Fazilah Kamsah Ada pun pasti gagal. Apa punya penakut, apa punya bengaplah.


Satu hari Uih ajak Geng kami ke sungai, gerak airnya tak selaju semalam. Setiba di tebing berbagai stail terjunan diperagakan oleh ahli Geng kami. Kecuali Aku mengesot macam "bidan nak membetul batu merian" nak turun ke sungai.  Semua mereka dah Ada ditengah-tengah sungai, kaki mereka berpijak pada satu tunggul kayu, katanya sepemeluk orang dewasa luasnya.


Usop Mat Deraman memujuk Aku supaya memegang belakangnya untuk nak di bawanya ke tengah sungai. Berbagai janji manisnya ditaburkan. Aku tetap takut. Dan Bagong dengan penuh yakin pujuk nak iring sepanjang pergerakan ikut mereka ke tunggul tu. Akhirnya Aku setuju dan usaha mereka berjaya dan Aku setelah menggerakkan kaki berjaya menemui dan mampu berdiri di tunggul tengah sungai tu. Aku rasa puas. Senyum Aku disulami kerisauan juga. Mana tau? Aku bermainlah sekejab menyelam sekejap timbul di atas tunggul kayu di tengah sungai tu. Lekanya Aku...


Sepuluh minit Aku merayakan kejayaanku, tiba-tiba semua Geng Aku dah ada kat atas tebing, siap berbaju kemas lagi. Hati ku mula cemas.....celaka betul....hempa....🥵😲😭


Lepas ni kita sambung ceritanya......


KU CUBIT SECEBIS KENANGAN

 Cuaca hari tu dari pagi mendung, ku toleh ditangan kiri "Dah jam 11.00 pagi, kenapa rasa lapar awal hari ni? bisik hatiku. Kalau Uih Pendek lalu boleh ajak pi pekena Nasi Kandaq,"bisik lagi hati ini.

" Hang kata Raya ni tak dak baju Raya , ni apa?," sambil Uih Pendek menarik lengan baju ku di pagi Raya. Aku senyum puas, " Bang Daq bawa aku pi beli semalam," jelasku. " Berapa duit?," tanya Uih lagi." Aku hanya mampu menggeleng , tak tau..

Terbayang mak pujuk aku petang kelmarin, "Tak dak baju bukan tak boleh nak Raya, pakai baju lama pun Raya juga," sambil mak urut manja belakangku di belakang pintu. Seharian Aku menangis nakkan baju baru. Bapa bergenang air mata di kelopak, Aku tak tahu kenapa? 

"Ni awat ni? Apa tak kena? Tanya Bang Daq yg baru sampai dari rumah Tok. Mak bisik ditelinga nya. "Siap cepat kita pi beli baju Raya, dah malam ni takut kedai Siong tutup pulak,"tegas arahannya. Aku lompat capai baju carik sambil mengikut Bang Daq menuju basikal tua Pak.


" Aku hutang dulu, lepas Raya Aku mai bayaq," pujuk Bang Daq kat China Siong. "Kecik punya hal, okey. Selamat Hari Raya. "Jom kita balik," Aku mengepit baju baru sambil tersenyum. Dari Kedai Siong hingga ke rumah entah berapa lagu Bang Daq perdengarkan lagu-lagu irama Malaysia & Hindustan. Bang Daq memang berbakat besar, satu kampung  dah faham, kalau dia lalu macam-macam lagu dinyanyikannya. Sampai hari ini Aku tak tahu bila dia bayar duit baju Aku tu. Itulah kenangan yang paling bermakna yang ditinggalkannya untukku.


" Hang nak pi mana ni?," Tanya Uih."Tunggu hang la, jom naik kereta Aku . Tanpa banyak soal Uih pasti mengikut ajakkanku. Semalam aku buka FB Ustaz Raja Arifuddin promosi Nasi Kandar Tuah di Lubik Kawah, itu sebab Aku nak bawa Uih pi rasa. Uih tak lincah macam dulu, Masuk ke kereta pun penat hap hap. Turun kereta pun hap hap. Kesihatan tak mengizinkan dia bekerja, dia tua dua tahun dari umurku. Nasib tapak rumah sepupunya Teh bagi suruh duduk. Uih bertubuh katek, selalu kena buli dengan kawan-kawan, tapi dia tak pernah marah. Hatinya baik. Cucuku Muhammad Irfan panggilnya "Boss". Aku pun tak tahu kenapa?


Uih, Raya ni kita sama-sama makan ketupat dengan rendang itik ya. Selagi ada mentari hang tetap sahabatku abadi.


China Siong ada lagi ka?

 

Al Fatihah untuk Bang Daq semoga tenang di sana.😭😭


Tuesday, 2 March 2021

 

PROGRAM LAWATAN KE BANGKOK, CHIANG MAI, CHIANG RAI & LAOS

10 DISEMBER 2019 HINGGA

19 DISEMBER 2019 (10D9N)

Anjuran : Pengajian Kelas Dhuha, Masjid Sultanah Bahiyah

 

SELASA  10 DISEMBER 2019

 

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari yang dinantikan akhirnya tiba. 10 Disember 2019 jam 5.00 pagi kamii berkumpul menunggu bas di Perkaranan Masjid Sultanah Bahiyah untuk memulakan jejak musafir kami ke Thailand selama 10 hari. Selepas bacaan doa, seramai 39 orang jemaah Kelas Dhuha MSB beserta keluarga diketuai oleh Tuan Haji Mat Ishak Awang Mustafa bersama Yang Berbahagia Tuan Guru Syeikh Aminuddin  Abd Rahim sebagai pembimbing mula  bergerak ke Wang Kelian melalui laluan Ayer Hitam-Kangar. Rombongan singgah menunaikan Solat Subuh di Masjid Ar Rahman, Pekan Kerpan sebelum meneruskan perjalanan

 

Setiba di Wang Kelian seperti biasa kami melalui proses imigresen bagi kedua negara. Bas kami meneruskan perjalanan masuk terlebih dahulu ke kawasan Thailand. Selepas urusan imigresen kami memindahkan barang-barang ke Bas VIP 2 tingkat. Dua orang pemandu pelancung yang akan bersama kami sepanjang kembara ini  iaitu Encik Mohd Nor dan Pok Ya, keduanya berasal dari Satun. Syukur kehadrat Allah swt kerana segala kemudahan yang disediakan dalam bas tersebut unik dan menyenangkan perjalanan jauh ini.

Pergerakan bas di bumi gajah putih bermula selepas taklimat disampaikan oleh Cikgu Aq serta bacaan doa yang di pimpin oleh Tuan Guru Syeikh Aminuddin.


Keindahan muka bumi Thailand tidak banyak beza dengan tanah air kita namun cara hidup dan sumber ekonomi dapat dilihat disepanjang perjalanan.

Mengikut jadual, kami akan terus bertolak ke Shurattanni untuk makan dan solat zohor di sana.

 

Sesuatu yang amat menarik di sepanjang kembara ini ialah setiap hari akan diselitkan dengan tazkirah Kitab Bidayatul Hidayah karangan Al Imam Hijatul Islam Abu Hamid Al Ghazali terjemahan Tuan Guru Ahmad Fahmi Zam Zam. Tazkirah disampaikan pula oleh Tuan Guru Syeikh Aminuddin  Abd Rahim.

 

Satu perjalanan yang jauh, kami tiba di tempat menginap di Nakhon Sawan agak lewat, lebih kurang jam 2.30 pagi . Bilik yang selesa ditambah dengan keletihan diperjalanan, menyenyakkan tidur kami hingga ke Subuh. Nikmat tidur yang Allah kurniakan tidak mampu dibayar. Ya Allah jadikanlah kami insan yang sering bersyukur di atas nikmatMu.


RABU  HARI KEDUA 11/12/2019

 PASAR LANDASAN KERETAPI DI LALUAN STESYEN KERETAPI MAEKLONG

Menariknya di sini adalah landasan kereta api dijadikan tapak perniagaan oleh penduduk tempatan untuk berniaga buah-buahan, makanan, pakaian dan sebagainya. Gerai-gerai beroda digunakan supaya dapat dialih-alihkan apabila loceng keselamatan kereta api dibunyikan.



























Keretapi api bergerak agak perlahan bila melalui kawasan landasan tersebut menuju atau meninggalkan stesen tersebut. Peniaga sudah siap sedia mengubah gerai-gerai mereka agar tidak ada kemalangan berlaku. Kanvas mudah alih turut dipindahkan sebentar sementara kereta api lalu.  

Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang. Tidak mengira beriman atau kufur manusia itu terhadapMU namun Engkau tetap memberi rezeki kepada sesiapa sahaja.

 


PASAR TERAPUNG DAMNOEN SADUAK, BANGKOK.

Pasar Terapung Damnoen Saduak adalah pasar terapung di Daerah Damnoen Saduak, Ratchaburi, sekitar 100 kilometer di barat daya Bangkok, Thailand. Sebagai pasar terapung yang paling terkenal di Thailand berbagai barangan dijual seperti pakaian, makanan, haiwan esotik, hasil seni kraf, ubat-ubatan tradisional dan barang-barang keperluan lainnya.








Setelah bergembira menyusur pasar tepung kami enjamu selera dengan makan tengahari bermenukan hidangan Siam.

Keesokannya kami banyak menghabiskan masa untuk perjalanan yang jauh ke Chiang Mai. Walaupun cabaran di perjalanan, akhirnya berjumpa juga sebuah masjid untuk kami tunaikan solat berjemaah. Alhamdulillah.

 

KHAMIS 12/12/2019

MASJID HIDAYATUL ISLAM BANHAW, CHIANG MAI.

Tempat penginapan kami Night Bazaaar Place Hotel  terletak ditengah-tengah Bandar Chiang Mai, menariknya hanya 150 meter dengan Masjid Hidayatul Islam Banhaw serta berhampiran dengan Bazar Malam Chiang Mai, merupakan salah satu masjid terbesar di wilayah itu, dan juga salah satu daripada tujuh masjid Cina di Chiang Mai. Kami bertuah kerana dapat menunaikan solat jemaah dan Solat Jumaat di sini. Beberapa buah kedai makan muslim terdapat di sini tentu sekali memudahkan kami untuk memilih makanan yang halal.





"Dulu, sekitar seratus tahun lalu, seorang pedagang asal China beragama Islam tinggal di daerah ini. Kemudian, orang itu mendirikan musala yang kini bangunannya menjadi masjid," ujar Shukree yang berasal dari Pattani. Kemudian masyarakat Islam di Chiang Mai membangunkannya sebagai masjid.

 

JUMAAT 13/12/2019

DOI PUI TRIBAL VILLAGE & NATIONAL PARK.

Seawal 8 pagi lebih kurang 8 buah kenderaan “tut-tut” mengangkut kami menaiki tanah tinggi (Bukit Doi Suthep) untuk ke Doi Pui Tribal Village & National Park. Ketinggian mencapai1,685 meter dari aras laut dan suhu sekitar 20 -23 darjah celcius. Terletak di atas Bukit Doi Suthep, adalah kawasan perkampungan suku Hmong di Thailand. Hmong Tribal Village merupakan sebuah kampung besar yang memiliki banyak taman dengan lanskap yang memukau pandangan mata, muzium dan kedai-kedai cenderamata.











Tengahari kembali ke hotel dan bersolat Jumaat di Masjid Hidayatul Islam Banhaw.

 

SABTU 14/12/2019

ROYAL PARK RAJAPRUEK

Royal Park Rajapruek pada asalnya dinamakan sebagai Royal Flora Rajapruek. Ia merupakan salah satu destinasi agro-pelancongan di Chiang Mai dan di sini jugalah kajian berkaitan pertanian dijalankan. Taman ini terbahagi kepada beberapa zon berbeza seperti zon Thai Tropical Garden yang dikelilingi dengan pelbagai pokok tropika Thai dan juga Zon Taman Raja.








THE LONG NECK KAREN VILLAGE

The Long Neck Karen Village adalah sebuah kawasan perkampungan yang unik dimana penduduk wanitanya memiliki leher yang panjang kerana memakai rantai yang berlapis-lapis. Pengalaman melawat kawasan kampung ini pasti tidak dapat dilupakan disebabkan keunikannya yang agak luar biasa, difahamkan suku kaum Karen ni sebenarnya terdiri daripada masyarakat Myanmar (atau Burma) yang datang dari sempadan Thai.


Wanita daripada suku kaum ini memakai gelungan besi bukan sahaja pada bahagian leher mereka, tapi juga pada pergelangan tangan dan betis. Kebiasaannya di bahagian leher, mereka akan memakai sehingga 25 gelang besi.


MAESA ELEPHANT CAMP. CHIANG MAI 

 

Tidak lengkap rasanya berkunjung ke Thailand jika tidak melihat gajah-gajah di sana. Di Chiang Mai, ada sebuah tempat latihan gajah yang bernama Maesa Elephant Camp. Chiang Mai yang terletak di utara Thailand. Setiba disini dipertontonkan 2 ekor gajah sedang melukis sementara gajah yang lain bermain bola, bermain dart memecahkan belon. Rombongan kami diwakili Tuan Haji Tamberin mencabar seekor gajah dalam permainan dart yang dipertontonkan secara lansung. Tepukan gemuruh bila Tuan Haji Haji Tamerin memenangi pertandingan tersebut. Menariknya gajah yang kalah tersebut menzahirkan pergerakan yang longlai dan memprotes pertandingan tersebut.





Mengakhiri pertunjukan penganjur akan menjual lukisan yang dilukiskan oleh 2 ekor gajah diawal tadi. Pengunjung juga dibenarkan menjamu gajah-gajah dengan keratan-keratan tebu yang dijual. Terkejut bila gembala gajah memberi isyarat bahawa wang kertas juga boleh dihulurkan kepada gajah-gajah tersebut. Rupanya wang yang dihulurkan itu dicapai gajah dan diserahkan kepada gembalanya. Patut lah. Berakhirlah kenangan bersama gajah-gajah yang disekolahkan disini.

 

AHAD 15/12/2019

 MAE SAI

Daerah Mae Sai adalah daerah paling utara Chiang Rai di utara Thailand. Bandar Mae Sai adalah sempadan utama antara Thailand dan Myanmar. Sepanjang 2 kilometer perjalanan ke sempadan Myanmar aktiviti perniagaan begitu sibuk dengan pelbagai barangan. Anggapan awal kami sukar untuk tawar menawar kerana memang ramai peniaga tidak boleh bercakap Inggeris. Rupanya meleset kerana beberapa orang peniaga menyapa kami dengan loghat Kelantan, Pattani dan Bahasa Melayu dengan fasih. Wajah dan watak kami kata mudah dikenali, lagi pun ramai dikalangan mereka pernah berhijrah ke Malaysia.




GOLDEN TRIANGLE, SEGITIGA PERBATASAN THAILAND-MYANMAR-LAOS

Terletak sejauh 55 km dari Chiang Mai. Sempadan 3 Negara ini dipisahkan oleh Sungai Mekong. Pusat perniagaan Don Sao terletak dikawasan Negara Laos namun 





tidak perlu proses imigresen untuk kesana. Menyusuri Sungai Mekong merupakan pengalaman yang menarik, bot digunakan dengan jarak masa 10 minit sudah sampai ke sini. Kedai barangan kulit pakaian, tas tangan, cenderamata, mainan terdapat di sini. Menariknya pengunjung boleh menggunakan mata wang bath untuk berbelanja disini. Bestkan?

 



TAHFIZ NURUL HAQ   

 

Ketibaan kami lebih kurang jam 5.30 petang disambut oleh warga di tahfiz ini., Walaupun ramai tidak memahami bahasa yang diucapkan namun jalinan persaudaraan sesama Islam itu jelas ditunjukkan.

 


Laungan selawat diiringi jabat salam yang erat diantara kami menandakan kehadiran kami diterima dan diraikan.

Tersergam indah mengkagumkan. Sekolah ini difahamkan dibiayai oleh keluarga Mudir yang menguruskan perniagaan di Negara China. Rombongan kami dibawa melawat sekitar sekolah oleh Tuan Mudir dan berakhir berkumpul di dewan makan untuk jamuan nasi. Layanan mesra staff dan pelajar amat terkesan dihati kami. Selesai Tuan Guru Syeikh Aminuddin  menyampaikan sumbangan, kami terus menaiki bas kerana hari sudah lewat. 




Bas pun bergerak untuk kami bermalam di Grand Golden Hotel, Mea Sai.

 

 

ISNIN 16/12/2019

Pengalaman berharga di Mea Sai kami bawa bersama menuju ke Phisanuluk sebelum menerus misi kembara ke Bangkok.

 

SELASA 17/12/2019

BANDARAYA  BANGKOK

Perjalanan kami di Bangkok hanya melewati beberapa tempat membeli belah antaranya di kawasan tepi Wat Arun dengan menaiki perkhidmatan bot melalui Sungai Chao Phraya dan feri bergerak melintasi sungai menuju ke dermaga Maharaj. 

 




RABU 18/12/2019

LAWATAN KE PUSAT KESIHATAN

Lawatan kemudiannya ke pusat perubatan tradisional, diberi taklimat dan melawat kawasan pameran berkaitan kesihatan diri sebelum bermalam di The O Valley Boutique Hotel, Surat Thani .

 


KHAMIS 19/12/2019

Check Out dan bertolak ke Hatyai singgah makan tengahari di Daerah Surattani

3.30 petang  tiba untuk membeli belah di Bazaar Hatyai Plaza.

8.00 Malam Proses ImIgresen & Pemeriksaan Kastam di Komplek Bukit Kayu Hitam.

9.00 malam Berjemaah di Masjid Sg. Laka, Changlun.

10.30 malam selamat sampai di Masjid Sultanah Bahiyah.

 

PENGHAYATAN DAN PENGAJARAN KEMBARA

 

1.    Pembinaan Tahfiz Nurul Haq dengan bangunan tersergam indah yang bercirikan rekabentuk cina, serta menyediakan berbagai kemudahan, menggajikan tenaga pengajar dan pembiayaan pendidikan percuma kepada semua pelajar  adalah satu usaha yang murni. Inilah erti pengorbanan sama ada harta, wang ringgit, tenaga dan fikiran bagi menyediakan generasi berkualiti dunia dan akhirat

 

2.    Kesungguhan juga dapat dilihat disepanjang perjalanan kami dalam bidang perniagaan, pertanian, penternakan, hasil tangan, perkhidmatan baik secara kecilan mahupun secara besaran semuanya diusahakan menitik beratkan larisnya apa yang ditawarkan. Apa saja yang memberi peluang pulangan hasil, akan dimanafaatkan.

 

3.    Kebanggaan serta pujian kepada  umat Islam setempat , dari Negara China, Negara-negara Arab, India dan Pakistan berdikari menjalankan perniagaan serta berjaya membangunkan institusi keagamaan seperti mendirikan tempat untuk orang Islam, musolla dan  masjid yang tersergam indah.

 

4.    Kerajaan Thailand juga begitu bijak    menafaatkan keunikan sedia ada seperti kepelbagaian cara hidup penduduk, penempatan, hasil bumi, hasil tangan, tapak kajian, pusat penternakan, kepelbagaian muka bumi di olah dan diinovasikan hingga menjadi sumber pelancungan yang mendatangkan pulangan ekonomi kepada rakyat dan Negara.

 

 

Kembara ini amat memberi kesedaran kepada kami bahawa betapa aman, sejahtera dan makmurnya bumi Malaysia jika dibandingkan dengan negara lain. Kemakmuran, keharmonian berteraskan agama Islam mesti dikekalkan hingga ke anak cucu. Institusi pendidikan Islam perlu terus disokong bagi melahirkan generasi Al Quran yang boleh memimpin negara kearah kesejahteraan yang sebenar iaitu selamat dunia dan akhirat.

 


 

Tahniah dan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Mat Ishak bin Awang Mustafa 

(Cikgu Aq) selaku Ketua Deglarasi program lawatan ini yang berjaya memastikan kembara ini berjalan dengan lancar dan memberi impak positif kepada  kami semua.

 

Akhir sekali kami panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t  kerana telah mentakdirkan kami untuk ziarah ke sana dan menlindungi kami disepanjang perjalanan. SesungguhNya tiada daya upaya kami melainkan dengan kehendakMu Ya Allah.

 



 

Coretan : Bang Man.

 

Wednesday, 9 January 2019

Jejak Selatan Thailand


Taklimat TRIP ke Thailand
1. Dokumen Sempadan.
PANDUAN LANGKAH -LANGKAH PROSES YANG AKAN BERLAKU
Proses Di Malaysia sebelum Masuk Ke Thailand.
1. Passport Antarabangsa/ Borderpass ( Imigresen Malaysia )
Proses Mula masuk ke Thailand.
1. Passport antarabangsa / Borderpass
2. White Card (Setiap Individu)
3. TM 2 & TM 3 (Maklumat kenderaan & penumpang)
4. Geran kenderaan.
5. Insuran Kenderaan minimum 9 hari.
6. Surat kebenaran bawa kenderaan dari owner jika owner tidak ikut sama.
* 1-3 kaunter imigresen Thai
    4-6  kaunter kastam Thai.
**
Semua dokumen proses diatas akan diuruskan oleh Pak Njang tiga hari sebelum bertolak.
Proses Pulang Ke Malaysia
1. Serah Dokumen Kastam.
2. Passport Antarabangsa/ Borderpass
3. TM3
*  1   Kaunter Kastam Thai
   2&3 Kaunter Imigresen Thai.
Proses Masuk Ke Malaysia
1. Passport Antarabangsa/ Borderpass ( Imigresen Malaysia)
Aturcara:
Aturcara Program Trip ke Thailand.
1 Disember 2018:
7.30 pagi  PETRONAS Changloon - check kereta/ isi minyak penuh tangki (perjalanan lebih kurang 500 km.)
Changloon ke Sakom 115 km.
Sakom ke Pak Bara     180 km.
Pak Bara ke Satun         70 km
Satun ke Changloon.  120 km
8.30 pagi- bertolak dari Changloon.
9.30 pagi -proses dokumen  di Ban Prakob
10.00 pagi - RNR Nathawi ( Tandas/ prepaid/ minum)
11.30 pagi check in Armana Resort.
12.00  makan tengahari di RNR Sakom @ Tesco Channa. ( Nak masuk Tesco tunjukkan passport pemandu sahaja kepada guard sebelum parking)
2.00 ptg : **Aktiviti pantai.
5.00 ptg. Persediaan BBQ
7.30 ptg. Tahlil & BBQ
9.00 mlm. **Sapa nak ronda Channa.
2 Disember 2018 (Ahad)
5.45 pg. Subuh di Masjid Sakom.
7.00 pg. Sarapan ( order di resort, beli gerai dekat masjid, makan D'Aman Resort)
8.00 pg. **Aktiviti pantai
11.00 pg. Check out
11.15 pg. Shopping di Pasar Ikan Sakom Beach
1.30 tgh. - Solat Jamak di Masjid Sakom/ Masjid Channa.
2.30 ptg. Bertolak ke Pak Bara.
5.30 ptg Check In di Lanka Resort, Pak Bara.
8.00 mlm. Majlis Makan Malam & Tahlil di Fasai Restoran Medan Pantai Pak Bara.
10.00 mlm. **Sapa nak lepak di Dataran Pak Bara & pekena Roti Nyok..joom.
3 Disember 2018
5.45 pg. Jemaah Solat Subuh di Masjid Pak Bara.
8.00 pg. Breakfast di depan Masjid Pak Bara.
10.00 pg. Check out
10.30 pg. Bertolak ke Satun
11.30 pg. Ziarah Bonda Mariam. -( sapa nak bawa cenderamata digalakkan)
1.00 tgh. Santapan Keluarga Makan Tengahari di Aroi Mui Restoran di Tan Yong Po (Tg. Pauh).
2.00 ptg. Bertolak ke Wang Prachan/Wang Kelian
3.30 ptg. Shopping di Asiana Wang Prachan.
4.30 ptg. Proses Dokumen Keluar
5.30 ptg tiba di Changloon.
** Jadual tertakluk kepada keperluan semasa.
Sebarang cadangan atau pindaan untuk kelancaran program amat dialu-alukan
Had laju:
1. 90 km ke bawah.
2. Jika ditahan atas kesalahan atau tak tau pasai apa elak pi balai. Bayar denda +- THB 100.
3. Laluan Hadyai -Pattani kenderaan laju-laju. Awas biar lambat asal selamat.
4. Elakkan parking ikut sedap kena saman susah nak urus.
5. Tugas kereta belakang teman kereta di depan, tugas kereta di depan awasi kereta di belakang.
Semasa di Thailand jika ada yang ingin bergerak sendiri contohnya nak ke Hatyai melihat suasana malam sila maklum terlebih dahulu kepada pak njang.
Untuk ke Pattani elok siang sahaja.
Tempat-tempat yang menarik:
Hidangan nasi bersama sup masak segera ( sup daging, perut, Lempong & ayam) Seberang masjid Channa.
Medan selera Tesco Extra Channa, beli kupon terlebih dahulu. Jika ada baki boleh tukar balik.
Pasar ikan Sakom berbagai barangan basah & kering.
D'Aman Resort santai minum petang pemandangan indah Laut China Selatan.