ALOR SETAR 13 MEI 2012 - Jam 5.30 pagi hembusan nafas terakhir Nor Aziah Ahmad "Kakak" meninggalkan kami yang amat menyanyanginya.. Lebih kurang 44 hari kakak bertarung nyawa bermula di Unit ICU selama dua minggu dan kemudianya di Wad 5C di Hospital Sultanah Bahiyah kerana dijangkiti virus. Kakak dilahirkan pada 6 Ogos 1977 di Kg. Lubuk Batu, Jitra. Cucuran airmata tidak dapat dikawal bila menerima berita jam 6.00 pagi.Jenazah kakak selamat disembahyangkan pada jam 11 pagi diikuti pengkebumian di Perkuburan Kg. Banai dekat Jitra.
Kakak seorang yang amat positif, menghormati ahli keluarga dan sanak saudara. Patuh kepada suruhan Allah dan ibubapa. Sejak berumur 20an tahun kakak mengalami sakit psikiatris walaupun sejak lahir normal seperti orang lain. Kakak tidak banyak kerenah semasa menjaga ibu dan adik-adiknya yang sakit. Ketabahan kakak sukar dicari, kelembutan, rendah diri dan penyayang kepada sanak saudara lambang kebaikan dan keikhlasan kakak.
Patutlah Allah sayangkan kakak dan menjemput dahulu dari kami ahli keluarganya. kini hanya tinggal kenangan. sesungguhnya kehilangan kakak amat kami terasa, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. kakak kami amat merinduimu.
Kakak meninggalkan ayah, ibu dan 3 orang adik lelaki. |