Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang.
Tidak mengira beriman atau kufur manusia itu terhadapMU namun Engkau tetap
memberi rezeki kepada sesiapa sahaja.
PASAR TERAPUNG DAMNOEN
SADUAK, BANGKOK.
Pasar
Terapung Damnoen Saduak adalah pasar terapung di Daerah Damnoen Saduak,
Ratchaburi, sekitar 100 kilometer di barat daya Bangkok, Thailand. Sebagai
pasar terapung yang paling terkenal di Thailand berbagai barangan dijual seperti
pakaian, makanan, haiwan esotik, hasil seni kraf, ubat-ubatan tradisional dan
barang-barang keperluan lainnya.
Setelah
bergembira menyusur pasar tepung kami enjamu selera dengan makan tengahari bermenukan
hidangan Siam.
Keesokannya
kami banyak menghabiskan masa untuk perjalanan yang jauh ke Chiang Mai. Walaupun
cabaran di perjalanan, akhirnya berjumpa juga sebuah masjid untuk kami tunaikan
solat berjemaah. Alhamdulillah.
KHAMIS 12/12/2019
MASJID HIDAYATUL ISLAM BANHAW, CHIANG MAI.
Tempat penginapan kami Night Bazaaar
Place Hotel terletak ditengah-tengah Bandar Chiang Mai, menariknya
hanya 150 meter dengan Masjid Hidayatul Islam Banhaw serta berhampiran dengan Bazar Malam Chiang Mai, merupakan
salah satu masjid terbesar di wilayah itu, dan juga salah satu daripada tujuh
masjid Cina di Chiang Mai. Kami bertuah kerana dapat menunaikan solat jemaah
dan Solat Jumaat di sini. Beberapa buah kedai makan muslim terdapat di sini
tentu sekali memudahkan kami untuk memilih makanan yang halal.
"Dulu, sekitar
seratus tahun lalu, seorang pedagang asal China beragama Islam tinggal di
daerah ini. Kemudian, orang itu mendirikan musala yang kini bangunannya menjadi
masjid," ujar Shukree yang berasal dari Pattani. Kemudian masyarakat
Islam di Chiang Mai membangunkannya sebagai masjid.
JUMAAT 13/12/2019
DOI PUI TRIBAL VILLAGE &
NATIONAL PARK.
Seawal
8 pagi lebih kurang 8 buah kenderaan “tut-tut” mengangkut kami menaiki tanah
tinggi (Bukit Doi Suthep) untuk ke Doi Pui Tribal Village & National
Park. Ketinggian mencapai1,685 meter dari aras laut dan suhu sekitar
20 -23 darjah celcius. Terletak di
atas Bukit Doi Suthep, adalah kawasan perkampungan suku Hmong di Thailand.
Hmong Tribal Village merupakan sebuah kampung besar yang memiliki banyak taman
dengan lanskap yang memukau pandangan mata, muzium dan kedai-kedai cenderamata.
Tengahari
kembali ke hotel dan bersolat Jumaat di Masjid Hidayatul Islam Banhaw.
SABTU 14/12/2019
ROYAL PARK
RAJAPRUEK
Royal Park Rajapruek pada asalnya dinamakan sebagai Royal Flora Rajapruek. Ia
merupakan salah satu destinasi agro-pelancongan di Chiang Mai dan di sini
jugalah kajian berkaitan pertanian dijalankan. Taman ini terbahagi kepada
beberapa zon berbeza seperti zon Thai Tropical Garden yang dikelilingi dengan
pelbagai pokok tropika Thai dan juga Zon Taman Raja.
THE LONG NECK KAREN VILLAGE
The Long Neck Karen Village adalah sebuah kawasan perkampungan
yang unik dimana penduduk wanitanya memiliki leher yang panjang kerana memakai
rantai yang berlapis-lapis. Pengalaman melawat kawasan kampung ini pasti tidak
dapat dilupakan disebabkan keunikannya yang agak luar biasa, difahamkan suku kaum
Karen ni sebenarnya terdiri daripada masyarakat Myanmar (atau Burma) yang
datang dari sempadan Thai.
Wanita daripada suku kaum ini memakai gelungan besi bukan sahaja
pada bahagian leher mereka, tapi juga pada pergelangan tangan dan betis.
Kebiasaannya di bahagian leher, mereka akan memakai sehingga 25 gelang besi.
MAESA ELEPHANT CAMP. CHIANG
MAI
Tidak
lengkap rasanya berkunjung ke Thailand jika tidak melihat gajah-gajah di sana.
Di Chiang Mai, ada sebuah tempat latihan gajah yang bernama Maesa Elephant
Camp. Chiang Mai yang terletak di utara Thailand. Setiba disini dipertontonkan
2 ekor gajah sedang melukis sementara gajah yang lain bermain bola, bermain
dart memecahkan belon. Rombongan kami diwakili Tuan Haji Tamberin mencabar
seekor gajah dalam permainan dart yang dipertontonkan secara lansung. Tepukan
gemuruh bila Tuan Haji Haji Tamerin memenangi pertandingan tersebut. Menariknya
gajah yang kalah tersebut menzahirkan pergerakan yang longlai dan memprotes
pertandingan tersebut.
Mengakhiri
pertunjukan penganjur akan menjual lukisan yang dilukiskan oleh 2 ekor gajah
diawal tadi. Pengunjung juga dibenarkan menjamu gajah-gajah dengan keratan-keratan
tebu yang dijual. Terkejut bila gembala gajah memberi isyarat bahawa wang
kertas juga boleh dihulurkan kepada gajah-gajah tersebut. Rupanya wang yang dihulurkan
itu dicapai gajah dan diserahkan kepada gembalanya. Patut lah. Berakhirlah
kenangan bersama gajah-gajah yang disekolahkan disini.
AHAD
15/12/2019
MAE SAI
Daerah
Mae Sai adalah daerah paling utara Chiang Rai di utara Thailand. Bandar Mae Sai
adalah sempadan utama antara Thailand dan Myanmar. Sepanjang 2 kilometer
perjalanan ke sempadan Myanmar aktiviti perniagaan begitu sibuk dengan pelbagai
barangan. Anggapan awal kami sukar untuk tawar menawar kerana memang ramai
peniaga tidak boleh bercakap Inggeris. Rupanya meleset kerana beberapa orang
peniaga menyapa kami dengan loghat Kelantan, Pattani dan Bahasa Melayu dengan
fasih. Wajah dan watak kami kata mudah dikenali, lagi pun ramai dikalangan
mereka pernah berhijrah ke Malaysia.

GOLDEN TRIANGLE, SEGITIGA PERBATASAN THAILAND-MYANMAR-LAOS
Terletak sejauh 55 km dari Chiang
Mai. Sempadan 3 Negara ini dipisahkan oleh Sungai Mekong. Pusat perniagaan Don
Sao terletak dikawasan Negara Laos namun
tidak perlu proses imigresen untuk kesana. Menyusuri Sungai Mekong
merupakan pengalaman yang menarik, bot digunakan dengan jarak masa 10 minit
sudah sampai ke sini. Kedai barangan kulit pakaian, tas tangan, cenderamata,
mainan terdapat di sini. Menariknya pengunjung boleh menggunakan mata wang bath
untuk berbelanja disini. Bestkan?

TAHFIZ NURUL HAQ
Ketibaan kami lebih kurang jam 5.30
petang disambut oleh warga di tahfiz ini., Walaupun ramai tidak memahami bahasa
yang diucapkan namun jalinan persaudaraan sesama Islam itu jelas ditunjukkan.
Laungan selawat diiringi jabat
salam yang erat diantara kami menandakan kehadiran kami diterima dan diraikan.
Tersergam indah mengkagumkan. Sekolah
ini difahamkan dibiayai oleh keluarga Mudir yang menguruskan perniagaan di
Negara China. Rombongan kami dibawa melawat sekitar sekolah oleh Tuan Mudir dan
berakhir berkumpul di dewan makan untuk jamuan nasi. Layanan mesra staff dan
pelajar amat terkesan dihati kami. Selesai Tuan Guru Syeikh Aminuddin menyampaikan sumbangan, kami terus menaiki
bas kerana hari sudah lewat.
Bas pun bergerak untuk kami
bermalam di Grand Golden Hotel, Mea Sai.
ISNIN 16/12/2019
Pengalaman berharga di Mea Sai kami
bawa bersama menuju ke Phisanuluk sebelum menerus misi kembara ke Bangkok.
SELASA 17/12/2019
BANDARAYA BANGKOK
Perjalanan kami di Bangkok hanya melewati
beberapa tempat membeli belah antaranya di kawasan tepi Wat Arun dengan menaiki
perkhidmatan bot melalui Sungai Chao
Phraya dan feri bergerak melintasi sungai menuju ke dermaga
Maharaj.
RABU 18/12/2019
LAWATAN KE PUSAT KESIHATAN
Lawatan
kemudiannya ke pusat perubatan tradisional, diberi taklimat dan melawat
kawasan pameran berkaitan kesihatan diri sebelum bermalam di The O Valley Boutique Hotel, Surat
Thani .
KHAMIS 19/12/2019
Check Out dan bertolak ke Hatyai
singgah makan tengahari di Daerah Surattani
3.30 petang tiba untuk membeli belah di Bazaar Hatyai Plaza.
8.00 Malam Proses ImIgresen &
Pemeriksaan Kastam di Komplek Bukit Kayu Hitam.
9.00 malam Berjemaah di Masjid Sg.
Laka, Changlun.
10.30 malam selamat sampai di
Masjid Sultanah Bahiyah.
PENGHAYATAN DAN PENGAJARAN KEMBARA
1.
Pembinaan Tahfiz Nurul Haq dengan
bangunan tersergam indah yang bercirikan rekabentuk cina, serta menyediakan berbagai
kemudahan, menggajikan tenaga pengajar dan pembiayaan pendidikan percuma kepada
semua pelajar adalah satu usaha yang
murni. Inilah erti pengorbanan sama ada harta, wang ringgit, tenaga dan fikiran
bagi menyediakan generasi berkualiti dunia dan akhirat
2.
Kesungguhan juga dapat dilihat disepanjang
perjalanan kami dalam bidang perniagaan, pertanian, penternakan, hasil tangan,
perkhidmatan baik secara kecilan mahupun secara besaran semuanya diusahakan menitik
beratkan larisnya apa yang ditawarkan. Apa saja yang memberi peluang pulangan
hasil, akan dimanafaatkan.
3.
Kebanggaan serta pujian kepada umat Islam setempat , dari Negara China,
Negara-negara Arab, India dan Pakistan berdikari menjalankan perniagaan serta berjaya
membangunkan institusi keagamaan seperti mendirikan tempat untuk orang Islam, musolla
dan masjid yang tersergam indah.
4.
Kerajaan Thailand juga begitu
bijak menafaatkan keunikan sedia ada seperti
kepelbagaian cara hidup penduduk, penempatan, hasil bumi, hasil tangan, tapak
kajian, pusat penternakan, kepelbagaian muka bumi di olah dan diinovasikan
hingga menjadi sumber pelancungan yang mendatangkan pulangan ekonomi kepada
rakyat dan Negara.
Kembara ini amat memberi kesedaran
kepada kami bahawa betapa aman, sejahtera dan makmurnya bumi Malaysia jika
dibandingkan dengan negara lain. Kemakmuran, keharmonian berteraskan agama
Islam mesti dikekalkan hingga ke anak cucu. Institusi pendidikan Islam perlu
terus disokong bagi melahirkan generasi Al Quran yang boleh memimpin negara kearah
kesejahteraan yang sebenar iaitu selamat dunia dan akhirat.
Tahniah dan jutaan terima kasih
kepada Tuan Haji Mat Ishak bin Awang Mustafa
(Cikgu Aq) selaku Ketua Deglarasi
program lawatan ini yang berjaya memastikan kembara ini berjalan dengan lancar
dan memberi impak positif kepada kami
semua.
Akhir sekali kami panjatkan
kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana
telah mentakdirkan kami untuk ziarah ke sana dan menlindungi kami disepanjang
perjalanan. SesungguhNya tiada daya upaya kami melainkan dengan kehendakMu Ya
Allah.
Coretan
: Bang Man.