PROGRAM
LAWATAN KE BANGKOK, CHIANG MAI, CHIANG RAI & LAOS
10
DISEMBER 2019 HINGGA
19
DISEMBER 2019 (10D9N)
Anjuran
: Pengajian Kelas Dhuha, Masjid Sultanah Bahiyah
SELASA 10 DISEMBER
2019
Assalamualaikum,
Alhamdulillah hari yang dinantikan
akhirnya tiba. 10 Disember 2019 jam 5.00 pagi kamii berkumpul menunggu bas di
Perkaranan Masjid Sultanah Bahiyah untuk memulakan jejak musafir kami ke Thailand
selama 10 hari. Selepas bacaan doa, seramai 39 orang jemaah Kelas Dhuha MSB
beserta keluarga diketuai oleh Tuan Haji Mat Ishak Awang Mustafa bersama Yang
Berbahagia Tuan Guru Syeikh Aminuddin
Abd Rahim sebagai pembimbing mula
bergerak ke Wang Kelian melalui laluan Ayer Hitam-Kangar. Rombongan
singgah menunaikan Solat Subuh di Masjid Ar Rahman, Pekan Kerpan sebelum
meneruskan perjalanan
Setiba di Wang Kelian seperti biasa
kami melalui proses imigresen bagi kedua negara. Bas kami meneruskan perjalanan
masuk terlebih dahulu ke kawasan Thailand. Selepas urusan imigresen kami
memindahkan barang-barang ke Bas VIP 2 tingkat. Dua orang pemandu pelancung
yang akan bersama kami sepanjang kembara ini iaitu Encik Mohd Nor dan Pok Ya, keduanya
berasal dari Satun. Syukur kehadrat Allah swt kerana segala kemudahan yang disediakan
dalam bas tersebut unik dan menyenangkan perjalanan jauh ini.
Pergerakan bas di bumi gajah putih bermula selepas taklimat disampaikan oleh Cikgu Aq serta bacaan doa yang di pimpin oleh Tuan Guru Syeikh Aminuddin.
Keindahan muka bumi Thailand tidak
banyak beza dengan tanah air kita namun cara hidup dan sumber ekonomi dapat
dilihat disepanjang perjalanan.
Mengikut jadual, kami akan terus
bertolak ke Shurattanni untuk makan dan solat zohor di sana.
Sesuatu yang amat menarik di
sepanjang kembara ini ialah setiap hari akan diselitkan dengan tazkirah Kitab
Bidayatul Hidayah karangan Al Imam Hijatul Islam Abu Hamid Al Ghazali terjemahan
Tuan Guru Ahmad Fahmi Zam Zam. Tazkirah disampaikan pula oleh Tuan Guru Syeikh
Aminuddin Abd Rahim.
Satu perjalanan yang jauh, kami
tiba di tempat menginap di Nakhon Sawan agak lewat, lebih kurang jam 2.30 pagi .
Bilik yang selesa ditambah dengan keletihan diperjalanan, menyenyakkan tidur
kami hingga ke Subuh. Nikmat tidur yang Allah kurniakan tidak mampu dibayar. Ya
Allah jadikanlah kami insan yang sering bersyukur di atas nikmatMu.
RABU HARI KEDUA 11/12/2019
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang.
Tidak mengira beriman atau kufur manusia itu terhadapMU namun Engkau tetap
memberi rezeki kepada sesiapa sahaja.
PASAR TERAPUNG DAMNOEN
SADUAK, BANGKOK.
Pasar Terapung Damnoen Saduak adalah pasar terapung di Daerah Damnoen Saduak, Ratchaburi, sekitar 100 kilometer di barat daya Bangkok, Thailand. Sebagai pasar terapung yang paling terkenal di Thailand berbagai barangan dijual seperti pakaian, makanan, haiwan esotik, hasil seni kraf, ubat-ubatan tradisional dan barang-barang keperluan lainnya.
Setelah bergembira menyusur pasar tepung kami enjamu selera dengan makan tengahari bermenukan hidangan Siam.
Keesokannya kami banyak menghabiskan masa untuk perjalanan yang jauh ke Chiang Mai. Walaupun cabaran di perjalanan, akhirnya berjumpa juga sebuah masjid untuk kami tunaikan solat berjemaah. Alhamdulillah.
KHAMIS 12/12/2019
MASJID HIDAYATUL ISLAM BANHAW, CHIANG MAI.
JUMAAT 13/12/2019
DOI PUI TRIBAL VILLAGE &
NATIONAL PARK.
Tengahari
kembali ke hotel dan bersolat Jumaat di Masjid Hidayatul Islam Banhaw.
SABTU 14/12/2019
ROYAL PARK
RAJAPRUEK
Royal Park Rajapruek pada asalnya dinamakan sebagai Royal Flora Rajapruek. Ia
merupakan salah satu destinasi agro-pelancongan di Chiang Mai dan di sini
jugalah kajian berkaitan pertanian dijalankan. Taman ini terbahagi kepada
beberapa zon berbeza seperti zon Thai Tropical Garden yang dikelilingi dengan
pelbagai pokok tropika Thai dan juga Zon Taman Raja.
THE LONG NECK KAREN VILLAGE
Wanita daripada suku kaum ini memakai gelungan besi bukan sahaja
pada bahagian leher mereka, tapi juga pada pergelangan tangan dan betis.
Kebiasaannya di bahagian leher, mereka akan memakai sehingga 25 gelang besi.
MAESA ELEPHANT CAMP. CHIANG MAI
Mengakhiri pertunjukan penganjur akan menjual lukisan yang dilukiskan oleh 2 ekor gajah diawal tadi. Pengunjung juga dibenarkan menjamu gajah-gajah dengan keratan-keratan tebu yang dijual. Terkejut bila gembala gajah memberi isyarat bahawa wang kertas juga boleh dihulurkan kepada gajah-gajah tersebut. Rupanya wang yang dihulurkan itu dicapai gajah dan diserahkan kepada gembalanya. Patut lah. Berakhirlah kenangan bersama gajah-gajah yang disekolahkan disini.
AHAD
15/12/2019
GOLDEN TRIANGLE, SEGITIGA PERBATASAN THAILAND-MYANMAR-LAOS
Terletak sejauh 55 km dari Chiang Mai. Sempadan 3 Negara ini dipisahkan oleh Sungai Mekong. Pusat perniagaan Don Sao terletak dikawasan Negara Laos namun tidak perlu proses imigresen untuk kesana. Menyusuri Sungai Mekong merupakan pengalaman yang menarik, bot digunakan dengan jarak masa 10 minit sudah sampai ke sini. Kedai barangan kulit pakaian, tas tangan, cenderamata, mainan terdapat di sini. Menariknya pengunjung boleh menggunakan mata wang bath untuk berbelanja disini. Bestkan?
TAHFIZ NURUL HAQ
Ketibaan kami lebih kurang jam 5.30
petang disambut oleh warga di tahfiz ini., Walaupun ramai tidak memahami bahasa
yang diucapkan namun jalinan persaudaraan sesama Islam itu jelas ditunjukkan.
Laungan selawat diiringi jabat
salam yang erat diantara kami menandakan kehadiran kami diterima dan diraikan.
Bas pun bergerak untuk kami
bermalam di Grand Golden Hotel, Mea Sai.
ISNIN 16/12/2019
Pengalaman berharga di Mea Sai kami
bawa bersama menuju ke Phisanuluk sebelum menerus misi kembara ke Bangkok.
SELASA 17/12/2019
BANDARAYA BANGKOK
RABU 18/12/2019
LAWATAN KE PUSAT KESIHATAN
KHAMIS 19/12/2019
Check Out dan bertolak ke Hatyai singgah makan tengahari di Daerah Surattani
3.30 petang tiba untuk membeli belah di Bazaar Hatyai Plaza.
8.00 Malam Proses ImIgresen &
Pemeriksaan Kastam di Komplek Bukit Kayu Hitam.
9.00 malam Berjemaah di Masjid Sg.
Laka, Changlun.
10.30 malam selamat sampai di
Masjid Sultanah Bahiyah.
PENGHAYATAN DAN PENGAJARAN KEMBARA
1.
Pembinaan Tahfiz Nurul Haq dengan
bangunan tersergam indah yang bercirikan rekabentuk cina, serta menyediakan berbagai
kemudahan, menggajikan tenaga pengajar dan pembiayaan pendidikan percuma kepada
semua pelajar adalah satu usaha yang
murni. Inilah erti pengorbanan sama ada harta, wang ringgit, tenaga dan fikiran
bagi menyediakan generasi berkualiti dunia dan akhirat
2.
Kesungguhan juga dapat dilihat disepanjang
perjalanan kami dalam bidang perniagaan, pertanian, penternakan, hasil tangan,
perkhidmatan baik secara kecilan mahupun secara besaran semuanya diusahakan menitik
beratkan larisnya apa yang ditawarkan. Apa saja yang memberi peluang pulangan
hasil, akan dimanafaatkan.
3.
Kebanggaan serta pujian kepada umat Islam setempat , dari Negara China,
Negara-negara Arab, India dan Pakistan berdikari menjalankan perniagaan serta berjaya
membangunkan institusi keagamaan seperti mendirikan tempat untuk orang Islam, musolla
dan masjid yang tersergam indah.
4.
Kerajaan Thailand juga begitu
bijak menafaatkan keunikan sedia ada seperti
kepelbagaian cara hidup penduduk, penempatan, hasil bumi, hasil tangan, tapak
kajian, pusat penternakan, kepelbagaian muka bumi di olah dan diinovasikan
hingga menjadi sumber pelancungan yang mendatangkan pulangan ekonomi kepada
rakyat dan Negara.
Kembara ini amat memberi kesedaran
kepada kami bahawa betapa aman, sejahtera dan makmurnya bumi Malaysia jika
dibandingkan dengan negara lain. Kemakmuran, keharmonian berteraskan agama
Islam mesti dikekalkan hingga ke anak cucu. Institusi pendidikan Islam perlu
terus disokong bagi melahirkan generasi Al Quran yang boleh memimpin negara kearah
kesejahteraan yang sebenar iaitu selamat dunia dan akhirat.
Tahniah dan jutaan terima kasih
kepada Tuan Haji Mat Ishak bin Awang Mustafa
(Cikgu Aq) selaku Ketua Deglarasi
program lawatan ini yang berjaya memastikan kembara ini berjalan dengan lancar
dan memberi impak positif kepada kami
semua.
Akhir sekali kami panjatkan
kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana
telah mentakdirkan kami untuk ziarah ke sana dan menlindungi kami disepanjang
perjalanan. SesungguhNya tiada daya upaya kami melainkan dengan kehendakMu Ya
Allah.
Coretan
: Bang Man.