Kami tidak pernah dijentik apalagi dipukul. dihormati dalam masyarakat. Suaranya lunak bila berzanji dimajlis kenduri, selawatnya merdu bila mendodoikan anak, ayat-ayat Al Quran menyentuh hati apabila diperdengarkan. Laungan Azan mendayu.....sayang dikalangan anak-anak tidak ada yang berbakat untuk mewarisinya.
Seronok bila keluarga Kak Minah dari Langkawi menjenguk kami di sini. Hilang penat & letih bila dapat melayan mereka. Harapan jalinan kekeluargaan ini akan terus berpanjangan.
Ini pula kebangaan kami sekeluarga bila anak saudara (anak abang) Muhammad Solehuddin bin Abdul Roni berjaya dianugerahkan Johan Anugerah Emas IPGM peringkat Kebangsaan 2010.

Gambar ketika Tuan Haji Hamid dan Isteri baru pulang dari menunaikan ibadah haji.bersama cucunya. Nor Aziah, Mohd. Faizal, Nurul Izzati, Jannatul Adnin, Mohd. Muaz dan Nor Azam. (Ogos 1988)
No comments:
Post a Comment