Saturday, 12 December 2015

BANDA ACHEH & WEH ISLAND (SABANG) 20 -23 NOVEMBER 2015

Ogos lalu semasa di Medan agen pariwisata ada memaklumkan bahawa Acheh tempat yang menarik untuk dilawati. Aku  tak ambil pusing sangat cuma beberapa rakanku dari PPD cadang supaya destinasi group kami yang kedua ke Acheh selepas Medan. Aku sengaja tak bagi tau hasratku, sebenarnya tempat yang lebih jauh...biarlah rahsia (macam Dato Siti pulak) lagi pun aku kena jaga hati anak buahku....dengar dulu cadangan mereka.

Setibanya aku menjejakkan kaki di Penang Airport dari Medan, dapat mesej anak saudaraku Amsyar pelajar ICT di UUM ditawarkan program pertukaran pelajar ke Universiti Syiah Kuala, ACHEH.

Keesokannya masuk ke pejabat staff juga best friend aku Che Ayob dah mula mengusik "Sapa nak ikut Ajiman ke Acheh ? Riuh rendah ulasan, cadangan, soalan dan pandangan yang di bincangkan, sedangkan aku masih lagi termanggu ( seronok ke? Acheh ni? ).

Lewat petang aku search geogle map Banda Acheh kemudian tengok pariwisata berkaitan Acheh, tak ada yang menarik selain daripada kesan tsunami.

Selang seminggu darling maklum comform Angah akan ke Universiti Syiah Kuala di Acheh, selama satu sem bermula awal September akan terbang dengan Penerbangan Firefly dari Penang airport ditaja oleh UUM.

Hujung Ogos terima mesej dari Angah " Pak long jangan lupa pi tengok Angah di Acheh nanti" Aku ni bukan nak puji diri lah..dengan anak buah ni aku sayang sangat, nak beli apa mesti merengek dengan aku last-last dapat la. Aku pun bukan banyak duit pun cuma aku pegang kata-kata " bila kita menyenangkan hati orang, Tuhan akan menyenangkan hati kita pula", sehingga hari ini aku tak susah lah. Alhamdulillah.

Aku balas mesej angah " Ok, Disember jumpa di Acheh". Bukan kepalang lagi angah punya lah suka.

Masuk bulan Oktober banyak pula cadangan supaya aku batalkan rancangan ke Acheh, kenduri kawin sepupu orang rumah la, mertua aku sibuk kenduri pakat la, adik ipar aku tak boleh ikut waktu tu la......aku tak kisah pun tapi bila mai isu ni " Abah kak long tengah sarat tu masa tu, pi la awai sikit" kata anak tunggalku.

Nampaknya aku kena batalkan hasratku nak sambut birthday darling di Acheh awal Disember.

Esok masuk pejabat Si Ayob " Boss! Saya nak ikut bos ke Acheh. aku senyum " betoi ka hang nak ikut ?  Betoi, saya nak bawa sekali kak cik dengan anak bongsu saya" kata Che Ayob. (kak cik tu panggilan kami kepada isteri Che Ayob, Puan Kamariah)

Tengahari ni kita online tiket Firefly. Teruja Che Ayob call  kak cik Kamariah minta maklumat diri.

Ringkas cerita dua family kami sahaja ke Acheh. Kawan-kawan di PPD semua senyap menyepi seribu bahasa tak balas pelawaan kami. Keluarga saya pun sorang pun tak nak ikut, macam-macam masalah depa kata, saya tau apa masalahnya. 
Aku , darling , Che Ayob dengan Kak Cik Kamariah & Anakanda Siti Hajar kami bertolak 11 pagi 20 November 2015 dengan penerbangan  Firefly pergibalik Penang ke Banda Acheh tambang seorang RM 350.00. Murah tu, biasa pergi balik RM 520.00.



Aku hubungi Lian Saragih pengusaha Pariwisata kebetulan rakan FB ku, minta dia uruskan pakej kami disana.
Pakej di sana 4D3N Banda Acheh & Weh Island baru 2.2 juta Rupiah seorang. Wow jutawan kami.
Setibanya aku di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Banda Acheh, pemandu pelancung kami Bapak Anis sudah bersedia dengan kereta kijangnya (Toyota Innova lah tu). Menariknya seperti yang aku harapkan, sempat solat Jumaat di Masjid Baitul Rahman. Kata temanku di Acheh Bapak Darsiah, kadang-kadang lepas solat Jumaat kita boleh lihat acara mencabuk (merotan) pesalah kanun jenayah syariah di masjid ini, tapi hari ini tidak ada, teruja dengan undang-undang syariah di Acheh.

Lepas makan di Restoran Terenggarene kami dibawa melawat Muzium Acheh aku "jumpa lagi" dengan Cheng Ho, dulu aku ke pejabatnya di Beijing. Pusing-pusing Bandar Acheh balik menginap di Grand Acheh Hotel. Malam kami dibawa makan malam di Rumah Makan Al Hidayat memang sedap, siapa ke Banda Acheh rugi kalau tak singgah di sini.











Sabtu Angah  dijemput Bapak Anis, lepas breakfast di hotel, kami check out dan bertolak ke pelabuhan Ulee Lheue untuk naik feri macam kat Lumut-Pangkor untuk ke Sabang bandar bagi Weh Island. Aku tengok muka angah dah macam muka orang Acheh dah..cuaca kut.

Dalam feri sempat darling beli murtabak & kacang jualan individu. Kasihan cari rejeki.


Tiba di Sabang Mr. Jack menunggu kami, masuk dalam van saja  kami dibawa mengeliling pulau, apa yang boleh aku katakan Pulau Weh/ Sabang amat-amat menarik, tidak menyesal aku ke sini. Singgah di Pantai Sumur Tiga rasa tak mahu dah kemana nak berendam lama-lama mana tidaknya di pinggiran pantai airnya jernih menghijau macam cermin. Masukkan kakiku yang gebu ni, tak guna cakap la.



Tengahari singgah makan di Restoran apa ke namanya?, kami diraikan di meja makan dengan ukiran tradisional, Mr. Jack bagitau Presiden Jokowi pernah makan di meja itu, betul ke tidak, ada aku kisah, janji makan perut dah lapar ni. Kami berenam punya lah berselera, mungkin kerana sedap, mungkin kerana lapaq.



 
Lepas makan singgah solat Zohor di Masjid Agung Babussalam Sabang. Kawasannya luas ,cantik, dan tempat wuduknya di bawah tanah. Lepas solat nak naik van tengok-tengok di seberang jalan darling dok tengah beli kuih macam kuih kacang...memang sedap. bila melancung ni semua nak dibelinya....jangan dia beli akak yang jual kuih tu sudah, tak mampu nak ada bibik.



Selepas solat kami dibawa oleh Mr. Jack ke 0 Kilometer bermulanya di ukur jarak kilometer bagi negara Indonesia. Menara baru dibina tak boleh panjat lagi, berjumpa ramai kelompok-kelompak dari seluruh Indonesia makan angin macam kami juga lah. Jika sampai di sini jangan lupa dapatkan sijil keberapa orang sampai di sini. Ingat pula Tanjung Piai di Pontian kan selatan benua asia.


Tiba di pantai sebelah barat pulau weh nampak macam Pantai Chenang kat Langkawi aje. Tukar pakaian menyelam, sewa jurutunjuk Rp150,000.00, sewa kamera dalam air Rp 150,000.00 segera ke jeti, bot cermin dah tunggu. Angah senyum lebaq sampai ke telinga. Kurang lebih 30 menit tiba di kawasan terumbu karang, kotak cermin diturunkan di tengah-tengah laut tu, wow nampak lah kami batu karang dan ikan-ikan kecil. aktiviti tu tak lama kami teruskan perjalanan ke tempat menyelam.

Bot cermin


Hendra jurutunjuk kami suruh Angah solat Asar dulu kerana dia tak boleh jamak. Ramainya manusia ditempat menyelam, kurang lebih 50 ke 60 orang ada. Aku dengan penuh bergaya bersama darling apa lagi pakai alat menyelam. Ringkas cerita Aku, darling & Che Ayob gagal aktiviti menyelam. 



Angah saja yang berjaya menyelam ke dasar dengan bantuan Hendra, Siti Hajar menyelam dipinggiran pantai.

Kawasan yang paling dalam di letakkan bangkai motokar dan motosikal sebagai penanda kedalaman bagi penyelam. Tahniah Angah berjaya..





Menariknya Kak Cik Kamariah menyelam atas kerusi malas menunggu barang & pakaian kami. Che Ayob terpijak "bulu babi" macam duri warna hitam, kata Hendra kena curah dengan cuka makan baru keluar.

 Bulu babi.

 Lewat petang kami sampai di pengkalan, terus dihidang nasi & ikan bakaq, masa tu azan Maghrib berkumandang, memandangkan pakaian kami basah kami nak jamak saja di hotel.
Kasihan Angah yang tak makan ikan, dia pergi solat Maghrib. Siap makan kami meluru balik singgah di Rumah makan Nasi Uduk Jakarta beli Nasi Lemak & Nasi Ayam Penyet untuk Angah.  (Bila di Sabang singgah makan di sini memang sedap) Singgah pula beli cuka makan untuk curah ke kaki Che' Ayob bulu babi punya hal.



Tiba di Nagoya Inn sembahyang dulu kemudian menemani Angah makan nasi uduk, aku dan darling  kongsi Nasi Ayam Penyet memang sedap walaupun dah kenyang. Malam lelap awal letih sangat esok jam 7 pagi dah nak balik ke Bandar Acheh.



Besoknya jam 7 bergerak ke Jeti dan naik feri balik ke Banda Acheh dalam perjalanan singgah tempat yang mengkagumkan semasa tsunami 2004 lalu Masjid Baitulrahim yang tidak terjejas langsung. Solat sunat dan sujud syukur.

Masjid Baitulrahim

Balik singgah di beberapa tempat seperti Gunungan. Replika gunung tempat permainan puteri Negeri Pahang yang sukar melupakan ayananda  bondanya setelah berkahwin dengan Sultan Iskandar Acheh. 



Replika Gunungan

Malam tu kami menginap pula di Hotel 88 baru buka satu bulan. Lewat malam jam 11.00 bawa darling dengan Che Ayob minum kopi di kopitiam ( budaya minum kopi siang malam adalah budaya orang Acheh, jangan terkejut kedai yang hanya menghidangkan kopi yang berbagai dibuka sampai ke waktu subuh). Lepas minum aku dan  Che Ayob pangkas kepala (gunting rambut) di kedai sebelah untuk tunjukkan kepada rakan-rakan pejabat kesan dari Acheh.
Jam 12.45 tgh malam baru kami beransur berjalan kaki balik ke hotel.





Kapal di atas rumah di Lampulo. Masyaallah.





Restoran Terenggadene .Keseluruhan rumah makan menarik dan sedap...kena dengan selera kami. Setiap kali hidangan pasti licin.

Membeli belah di Acheh Mall

Akhirnya dapat juga aku zahirkan cinta hatiku.




Jom balik dah ingat kat cucu ni.




No comments:

Post a Comment