Selalu berita menunjukkan kejadian mengebom di selatan Thailand.
Aku telah lama merancang untuk adakan Hari Keluarga bagi unit yang aku bertugas sekarang. Aku utarakan kepada rakan-rakan, masing-masing macam, tak bersemangat aje. Aku suarakan kepada rakan-rakan KGSK pun sama.
Selang dua minggu pada 13 Jun 2016 sekali lagi aku suarakan cadangan aku, disambut oleh Haji Aziz Yahaya teman karibku tak semena-mena dia isi borang mohon kebenaran ke luar negara dan dia menyarankan sesiapa yang ingin ikut serta isi segera borang. Ditambah pula En Shokori temanku di unit perhubungan sanggup booking chalet dan bawa kami untuk konvoi ke Sakom melalui Durian Burung.
Ringkas cerita pada 15 Julai 2016 8 buah kereta kami berkumpul di stesen minyak Padang Sanai, peserta berjumlah lebih kurang 27 orang.
Apa yang penting aku nak bagi tau kat hempa semua, bercuti di Sakom Beach ni memang murah tak payah naik flight, keretapi ke? Bas ke ? Cuma drive sendiri melalui pintu masuk Malaysia Thailand. Chalet cuma BHT 1000 (lebih kurang RM114.00 satu malam) hempa dah boleh dapat dua bilik tidoq siap ruang tamu yang luas. TV berpuluh channel tapi tak faham semua dalam bahasa Thai.... Satu family satu chalet pun dah cukup.
Cerita tentang makan, alahai tak sangka, murahnya seafood disana. Aku pi beli Udang besar (kalau di Aloq Setaq kalau tak RM 45 ke ataih hempa jangan harap la nak dapat...aku beli di Sakom cuma BHT 260 sahaja. Apa lagi aku borong sakan Udang 4 kilo, ketam 4 kilo, Siakap 3 ekor, Ikan Sardin kata depa besar punya 5 ekor, siput perabih stok, sotong 2 kilo.
Balik aku minta Cheff resort tu masak nasi goreng untuk 20 orang, udang satu kilo dengan sotong dua kilo buat tom yam, dan selebihnya tolong boh garam kunyit bedha kami nak bakaq malam ni....SELESAI untuk makan.
Malam tu jam 8 kami turun tepi pantai, resort bagi tempat bakar, arang pinggan mangkok.....MERIAH kami malam tu...semua main peranan. Tak payah kursus team building dah semua dah boleh masuk hang aku.
Hajah Sabariyah taukeh ayaq asam, memang sedaaaaap punya.
Bakaq membakaq ni serah kat Shokori memang pakar.
Esoknya 16 julai 2016 kami mandi laut lagi, jam 11.00 pagi check out pi pasar pula...nak beli ikan, udang dan ketam nak bawa balik. Kami dah siap kotak berais untuk isi semua tu. Kena beli murah sangat.
Inilah jumlah kami semua... ni pun tak mai semua...
BOLEH BAGI CONTACT PERSON KAT SANA TAK. SAYA TERINGIN NK P TAPI TAKUT PLAK XBESA P
ReplyDeleteAmana resort , sakom 0896572811
ReplyDeleteAtau cari dalam fb..nnti contact pakai messenger
Amana resort , sakom 0896572811
ReplyDeleteAtau cari dalam fb..nnti contact pakai messenger
ok, nampak best.
ReplyDeleteBli ikan tu kt mana tuan?
ReplyDeletepakai border lepas dak
ReplyDeleteLepas
DeleteSalam..nk tnye resort dye semua ckp k kelengkapan mcm seterika atau lain2
ReplyDelete